Cara Masak Ayam Masak Butter Mudah dan Sedap

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga kepada sesiapa yang melaksanakan ibadah korban tahun ini, semoga anda mendapat ganjaran besar serta berlipat ganda daripada Allah SWT.

Hari ini saya nak kongsikan resipi yang sangat mudah dan antara menu kegemaran saya iaitu Ayam Masak Butter versi Mrd's Kitchen. Kalau makan dengan nasi kosong pun dah sedap. Untuk resipi ni, kalau korang nak gantikan ayam dengan udang dan sotong pun boleh. Udang dan sotong tu korang salutkan dengan tepung jagung dan gorengkan ya.

Bahan-bahan
1) Ayam - dalam 300 - 400 gram
2) Butter/mentega/marjerin - 1-2 sudu
3) Bawang putih - 3-4 ulas (dicincang halus)
4) Cili padi - 3-5 biji (dipotong-potong)
5) Daun kari - 1 tangkai
6) Susu cair - 1/2 tin
7) Garam/perasa - secukupnya
8) Gula/susu pekat manis - secukupnya
9) Bancuhan tepung jagung dalam 1/2 sudu (opsyenal) kalau tak letak pun boleh

Cara-cara memasak Ayam Masak Butter versi Mrd's Kitchen

  1. Salutkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil dengan tepung jagung dan gorengkan. Setelah selesai menggoreng, ketepikan ayam.
  2. Cairkan butter/mentega dan tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Perasakan dengan garam/perasa dan gula/susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
  5. Kalau korang nak pekatkan kuah boleh tambahkan bancuhan tepung jagung.
  6. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Gaul sekejap sahaja dan matikan api. Sedia untuk dihidang.

Untuk cara-cara memasak yang lebih jelas anda boleh lihat dalam video di bawah.



Jangan lupa Subscribe dan sokong YouTube Channel saya Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

Comments