Resipi Sambal Ikan Bilis Mudah dan Sedap

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Mrd's Kitchen. Hari ini Mrd's Kitchen nak berkongsi Resipi Sambal Ikan Bilis versi Mrd's Kitchen. Sambal Ikan Bilis ni antara makanan kegemaran saya. Makan dengan nasi kosong saja pun dah sedap. Waktu belajar di universiti dulu, kalau cuti semester sebelum balik ke kampus mesti saya akan masak sambal ikan bilis untuk di bawa balik ke kampus. Bolehlah jimat sikit bila dekat kampus nanti. Lagipun sambal ikan bilis ni agak tahan lama. Lagi-lagi kalau di masak berjam-jam memang tahan berhari-hari. Ok berbalik pada resipi sambal ikan bilis yang saya kongsikan ni, resipini saya belajar daripada mak saya. Dulu suka tengok mak masak dekat dapur. Mak dulu seorang tukang masak di kampung, kalau ada jiran yang nak buat masjlis kahwin atau kenduri selalu mak dipanggil untuk masak. 

Resipi yang saya akan kongsikan ni saya ada olah sedikit daripada resipi asal mak saya. 


Bahan-bahan Resipi Sambal Ikan Bilis

  • 250-350g ikan bilis

Bahan kisar

  • 6-8 ulas bawang putih*
  • 6-8 ulas bawang merah*
  • 2 inci halia*
  • 2-3 genggam cili kering* (direbus terlebih dahulu)
  • Boleh juga kalau nak tambah belacan sikit
Bahan-bahan lain
  • 2-3 helai daun pandan
  • 1 sudu asam jawa (dicampurkan air)
  • Secukupnya Gula Melaka/Gula
  • Secukupnya Garam/Maggi Cukup Rasa
  • Sedikit air
  • Secukupnya minyak masak untuk menggoreng ikan bilis dan menumis




Cara-cara memasak Sambal Ikan Bilis
  1. Goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing dan ketepikan.
  2. Kemudian, bahan-bahan kisar* ditambahkan sedikit air dan kisar sehingga halus.
  3. Panaskan minyak untuk menumis bahan-bahan kisar tadi.
  4. Tumiskan bahan-bahan kisar dan masukkan daun pandan.
  5. Tambahkan gula Melaka/gula dan Maggi Cukup Rasa/Garam secukupnya dan kacu hingga sebati.
  6. Masukkan asam Jawa yang telah dicampurkan air dan kacau hingga sebati.
  7. Tumis sehingga pecah minyak.
  8. Setelah pecah minyak, barulah masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  9. Gaul hingga sebati.
  10. Setelah beberapa minit digaul sebati, Sambal Ikan Bilis versi Mrd's Kitchen sedia untuk dihidang.

Untuk cara-cara memasak yang lebih jelas anda boleh lihat dalam video di bawah.


Jangan lupa Subscribe dan sokong YouTube Channel saya Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.

Comments