Resipi Ikan Bilis Masak Asam Mudah dan Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Mrd's Kitchen. Apa khabar semuanya sihat? Kalau sihat alhamdulillah. Semoga wabak COVID-19 ini akan segera dibendung supaya kita dapat beraktiviti seperti biasa disamping mengamalkan norma baharu. 

Hari ini saya nak berkongsi satu resipi ikan bilis yang sangat-sangat ringkas dan inshaAllah sedap. Resipi ni pun sedap kalau makan dengan kosong saja. Sangat sesuai di masak oleh bujang macam saya, hehehe. Resipi Ikan Bilis Masak Asam yang saya akan kongsikan mungkin berbeza sedikit dan ini merupakan versi Mrd's Kitchen.


Bahan-bahan untuk memasak Resipi Ikan Bilis Masak Asam

  1. Ikan Bilis - 200 g
  2. Bawang merah* - 4 ulas
  3. Bawang putih* - 5 ulas
  4. Halia* -  1-2 inci halia
  5. Serbuk kunyit - 1 sudu teh
  6. Asam Jawa (dicampurkan air) - 1 sudu
  7. Garam/Maggi Cukup Rasa dan gula - secukupnya
*ditumbuk atau dikisar


Cara-cara memasak Ikan Bilis Masak Asam

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar/ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan air asam Jawa dan kacau sebati.
  5. Perasakan dengan garam/Maggi Cukup Rasa dan gula secukupnya dan kacau sebati.
  6. Tumis sehingga pecah minyak. 
  7. Setelah pecah minyak, masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
  8. Gaul hingga sebati, gaul sekejap sahaja dan ikan bilis masak asam sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba semuanya. Untuk cara-cara memasak resipi ini dengan lebih jelas anda boleh saksikan dalam video di bawah. 


Jangan lupa Subscribe dan sokong YouTube Channel saya, Mrd's Kitchen. Sokongan anda amatlah saya hargai. Terima kasih.


Comments